Weblog Husam Musa I Home

Naib Presiden PAS yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan, pernah menjadi Anggota Parlimen Kubang Kerian dan kini adalah ADUN Salor, Kelantan.


Terowong Air Pahang-Selangor: Tak Perlu Bazirkan Wang

Banjir kilat adalah antara ancaman KL.

Sungai berasal dari Selangor hanya menumpang lalu KL. Sungai utama, Sungai Kelang dan semua anak sungai utamanya, Sungai Ampang, Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Kerayong, Sungai Jinjang, Sungai Baru dan Sungai Keroh, semuanya berasal dan berada di Selangor, kecuali melepasi KL sekejap.

Bagaimana Selangor dan KL dikatakan tidak mempunyai sumber air sendiri yang cukup dan perlu habiskan 10 billion untuk dapatkan bekalan dari Pahang. Banjir itu apa, kalau bukan air sudah lebih.

Kajian oleh beberapa pihak, termasuk oleh Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar, USM, menunjukkan jika program bersepadu pengurusan air dilaksanakan di Selangor, Selangor mampu meningkatkan 4 juta meter cubik bekalan air sehari berbanding jumlah maksimum hanya 2.5 juta meter cubik menggunakan terowong Pahang-Selangor.

Melalui pengurusan bersepadu, bukan sahaja Selangor boleh meningkatkan jumlah bekalan air dengan kos yang jauh lebih murah, malah dapat mengatasi isu banjir di Selangor dan KL.

Cadangan tentang konsep ini, telah pun dimajukan kepada PM dan bekas MB Selangor tetapi 10 B untuk pembinaan empangan dan terowong dari Pahang mungkin lebih 'lumayan dan menawan'.

Tidak hairanlah, Menteri Air agak 'cepat' mengumumkan dua hari lalu program terowong Pahang-Selangor akan diteruskan dan pada hari yang sama, Utusan melaporkan projek kolam takungan banjir berharga RM 140 juta akan dibina. Kenapa tak boleh difikirkan 3dalam satu: kolam bekalan air, takungan banjir dan janakuasa dengan wang yang sama?

Tan Sri Khalid diharap dapat berbuat sesuatu.

Kijang Care - Azreen - Anda


Bapa Azreen telah punyai passport, beliau akan terbang menemui Azreen yang hilang empat bulan lalu.

NST semalam membawa laporan menarik tentang penemuan ini;

"I never dreamt we would ever see her again.

"It is a miracle and I am grateful to all those who helped locate her," Che Ishak said.

"Kijang Care and Migrant Care are helping me make arrangements, including the cost of the trip. I hope to leave by next week to bring my daughter back," he said.

Che Ishak said he was referred to Kijang Care by a friend who told him that it (Kijang Care) may be able to help him locate his daughter.




Kijang Care bersyukur, tindakan cepat dan tabah team Migrant Care di Lombok , dalam tempoh empat hari, Acreen berjaya ditemui, diselamatkan dan dijaga. Bapa Azreen, penoreh miskin dari Negeri Sembilan, tidak mudah untuk membayar RM 300 untuk mendapatkan passport. Apa lagi, tambang untuk terbang ke sana. Migrant Care dan Kijang Care, atas bantuan anda, menjadikan mimpi kecil keluarga Azreen satu kenyataan.

Pihak berkuasa dengan segala agensinya, walaupun terlambat, harus merasa terpanggil dengan jeritan-jeritan manusia kerdil seperti Che Ishak dan keluarga mereka. Empat bulan terlalu lama, untuk satu tindakan berkesan dan jika petugas kerdil Migrant Care, selepas bertungkus lumus selama empat hari, boleh melakukannya, bayangkan....

Kijang Care berhasrat membina kehidupan baru bagi Azreen bersama keluarganya, bukan lagi rasa terhimpit dan suasana lama yang akan meresahkan anak kecil ini.

Kali ini, selain para pembaca budiman akan terus membantu Kijang Care dengan sumbangan anda, kita berharap Kerajaan Negeri Sembilan boleh tampil mengambil bahagaian.

Mulanya, saya berhasrat untuk terbang bersama bapa Azreen menemui anaknya di Lombok dan mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada Gabenor Lombok dan semua pihak yang telah bekerjasama.

Masa tidak mengizinkan dan mungkin ADUN PAS Paroi, YB Taufik atau Pesuruhjaya PAS N Sembilan, Sdr Zul, boleh ikut terbang untuk menambah ikatan silatur rahim serumpun dengan rakan-rakan di sana.

AZREEN DITEMUI DI LOMBOK

8.30 malam tadi (Juma'at malam Sabtu), SMS dari Alex diterima - team pencari seramai empat orang sudah 'menyerah' - Siti Azreen, gadis 13 tahun dari Rantau Negeri Sembilan yang hilang bersama pekerja Indonesia dari Lombok Timur gagal ditemui selepas operasi mencari selama empat hari.

Kosmos sebelumnya melaporkan berita ini. Ibu bapa Siti Azreen sangat berharap menemui kembali anak gadisnya. Saya menghubungi Zul, Pesuruhjaya PAS N Sembilan untuk mendapatkan maklumat lanjut dari kedua ibu bapa Azreen. Diikuti satu team dari Migrant Care cabang Lombok turun padang serta merta sehingga malam tadi.

Setengah selepas SMS untuk 'menyerah', Alerx menghubungi saya, team pencari telah terjumpa Azreen! Ibu bapa Azreen segera dimaklumkan. Azreen selamat.

Terima kasih kepada Roma Hidayat yang bersusah payah menjayakan misi beserta anggota team.

Pagi ini, ketika dihubungi, Roma di balai polis Lombok Timur menguruskan Azreen.

Samada ibu bapa Azreen terbang ke Lombok atau Azreen sudi dibawa pulang, sedang ditimbangkan.

Sesiapa rasa terapanggil untuk membantu, boleh menghantar sumbangan kewangan mereka melalui Kijang Care.

Mungkin langkah menyelamtakan gadis pintar Sufiah di London juga boleh difikirkan.

Terima kasih pada rakan-rakan Indonesia atas semangat serumpun mereka.

UMNO Musuh Melayu?

Selepas singgah berjumpa mata dengan Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri, Sdr Fairuz di Komtar, kami mengambil kesempatan melawat saki baki kampung Melayu yang belum ditelan 50 tahun peminggiran tersusun UMNO-Gerakan.

Derita - itulah kata-kata penduduk kampung yang kami temui di Tanjung Tokong dan Jelutung.

Mereka diburu - UDA yang diamanahkan oleh Tun Razak pertengahan 70an, kini doremon yang cukup mereka takuti. Mereka luahkan dalam bentuk foto pimpinan pembangkang, kain rentang, bendera roket, bulan dan keadilan - setiap pelusuk kampung. Apa lagi jika bukan kemarahan, hilang kepercayaan dan kebencian - kepada BN. Tidak hairanlah, BN kecundang.

Rakaman lensa spontan ini adalah rakaman sebuah kebangkitan dan pengharapan. Juga sebuah derita di bumi sendiri. Sebuah lukisan kegagalan yang amat nyata. Sebuah monumen hidup tentang peminggiran Melayu untuk tatapan UMNO tentang erti perjuangan mereka yang telah hilang.






Ahmad Saidku...

Istana Terengganu berikan perkenan tetapi ada pihak yang beraja di hati sanggup hilang negeri kerana mempertahankan calon tunggal MB mereka. Jalan tengah tak cuba dicari.

Calon kami atau 'perang'. Ultimatum.

Akhirnya Ahmad Said terlantik, walaupun hari ini sebatang kara. Besok lusa, belum tau. Mungkin ada yang berminat. Sekalipun UMNO mengurung kesemua wakil rakyat mereka, berapa lama boleh dikurung?

Tahniah untuk YAB Ahmad Said. Terengganu bukan Idris Jusoh dan Idris Jusoh bukan Terengganu.

Sebagai MB,Ahmad rasa saya, boleh masuk ke Pejabat MB dan boleh meenyemak segala fail atau meminta segala maklumat dari pegawai dan jabatan.

Tolong dapatkan saya laporan penilaian kos sebenar pembinaan masjid kristal. Ikut cakap umum, kosnya tak sampai RM 50 juta tapi belanjanya dikatakan lebih RM 360 juta. Mana satu betul, harap MB Terengganu boleh carikan jawapan.

Kami juga seronok ingin tau berapa sebenarnya yang dibelanjakan untuk program kebanggaan Abdullah, Monsoon Cup. Betulkah lebih dari RM 250 juta setahun?

Untuk tujuan ini, ada baiknya MB Terengganu bukan Idris Jusoh....




© 2006 Weblog Husam Musa I Home | Theme this blog by Langkap Online.
Segalanya adalah hak milik yang hakiki kepada ALLAH SWT. Writen by Husam Musa
Dapatkan info tepat Info Tepat Anda | Segalanya bermula disinitvPAS.com